Thursday 29 August 2013

Kata-Kata Pembina Diri

  • *      Di sebalik nikmat ada bala dan di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala, usah resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika di landa nikmat usah lupa dan leka kerana dari sini berpunca bala...

  • *      Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu... Bila Dia lambat Makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu... Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu... Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan sekalipun... Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya...

  • *      Jadikan Landasan Pernikahan Sebagai Ibadah,.Nescaya Masjid yang dibina diberkatiNya...

  • *      kematangan seseorang bukan pada tingkah lakunya,.sebaliknya pada pemikiran dan akalnya dalam menetapkan keputusan

  • *      walau berapa kerasnya kita berusaha untuk mencapai sesuatu, jika DIA tidak menginginkan kita memilikinya, maka itulah yang terbaik untuk kita. betapa eloknya perancangannya. kita yang merancang, tapi ALLAH yang terlebih dahulu merancangnya. setiap kegagalan, jangan disertai dengan keluhan dan kesedihan, sebaliknya ucaplah SYUKUR atas semua yang ditentukan-Nya.

  • *      jangan menyayangi seseorang itu seluas laut, kelak laut itu akan surut,.jangan mencintainya setinggi gunung,lama-lama, gunung itu hancur dan mampu runtuh,.cintailah seseorang itu seperti kuku,.kerana ianya tetap tumbuh walaupun dipotong berkali-kali

  • *      Manis terasa andai menyayangi,.,Indah bila diri disayangi,.bertambah bahagia bila benar-benar dihargai,.Andai ini yang telah Engkau tetapkan, maka jadikanlah ia sebagai tiket untuk lebih menyintai-Mu Tuhan

  • *      Sukarnya mencari keindhan hidup,.andai bahagia y dikecapi d dunia,.xbmkne y dimiliki itu kebahagiaan iman dan takwa,.

  • *      Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walau sekali setahun

  • *      Adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai setitis air mata,adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk ketawa

  • *      Pernah seorang sahabat berkata "Sebelum menilai seseorang tu, jangan lupa munasabah diri sendiri terlebih dahulu."
  •  

Stalkers