Sunday 3 November 2013

Menangani Jerawat : NuTeeN

Sebut saja jerawat, pasti yang risau kan., tak ketinggalan juga, saya sendiri mempunyai masalah jerawat dari sekolah lg,.dah pelbagai produk yang sy cuba,.kdg2 keberkesanan nya sekejap sahaja,.sehunggalah saya berkahwin, ianya makin berkurang n tidak seteruk dulu,.

Walau macammana pun, sy tetap memastikan sy mempunyai ubat jerawat,.bila2 masa sahaja ia akan tumbuh,.lgipun, bekas2 jerawat y dulu pun masih lg kelihatan,. Kali ni nak share psl menangani jerawat pulak,.



Haa...ni la ubat jerawat y sy gnekan smpai sekarang,.Nuteen!!
Nuteen ni xde la mahal sgt,.boley didapati kat supermarket bahagian produk, watson, gurdian and farmasi,.dlm RM10++ tp xsmpai RM11 la,.he2,.

Jom intai apa y bestnya!!! J
·        Ianya xmelekit. (kdg2 sy pki ni dulu sblm sapu bedak kt muka,.)
·        Bau y menyenangkan.
·        Boleh pakai ble2 mase je..
·        Mengecutkan jerawat. (walaupun jerawat batu)
·        Sakit jerawat semakin berkurang.
·        Memudarkan parut lama dan baru.

Tp, ia ambil masa jgk la,.tp,.y menggunakan mse panjang ni la y paling selamat,.berbanding produk y cepat keberkesanannya,.kalo y mcm 2,byk pki bhan kmia,.

He2,.ok la,.sy sekadar berkongsi,.ap y bek dtgnya dr Allah,.ap y kurang dr sy,. J

Thursday 29 August 2013

Kata-Kata Pembina Diri

  • *      Di sebalik nikmat ada bala dan di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala, usah resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika di landa nikmat usah lupa dan leka kerana dari sini berpunca bala...

  • *      Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu... Bila Dia lambat Makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu... Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu... Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan sekalipun... Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya...

  • *      Jadikan Landasan Pernikahan Sebagai Ibadah,.Nescaya Masjid yang dibina diberkatiNya...

  • *      kematangan seseorang bukan pada tingkah lakunya,.sebaliknya pada pemikiran dan akalnya dalam menetapkan keputusan

  • *      walau berapa kerasnya kita berusaha untuk mencapai sesuatu, jika DIA tidak menginginkan kita memilikinya, maka itulah yang terbaik untuk kita. betapa eloknya perancangannya. kita yang merancang, tapi ALLAH yang terlebih dahulu merancangnya. setiap kegagalan, jangan disertai dengan keluhan dan kesedihan, sebaliknya ucaplah SYUKUR atas semua yang ditentukan-Nya.

  • *      jangan menyayangi seseorang itu seluas laut, kelak laut itu akan surut,.jangan mencintainya setinggi gunung,lama-lama, gunung itu hancur dan mampu runtuh,.cintailah seseorang itu seperti kuku,.kerana ianya tetap tumbuh walaupun dipotong berkali-kali

  • *      Manis terasa andai menyayangi,.,Indah bila diri disayangi,.bertambah bahagia bila benar-benar dihargai,.Andai ini yang telah Engkau tetapkan, maka jadikanlah ia sebagai tiket untuk lebih menyintai-Mu Tuhan

  • *      Sukarnya mencari keindhan hidup,.andai bahagia y dikecapi d dunia,.xbmkne y dimiliki itu kebahagiaan iman dan takwa,.

  • *      Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walau sekali setahun

  • *      Adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai setitis air mata,adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk ketawa

  • *      Pernah seorang sahabat berkata "Sebelum menilai seseorang tu, jangan lupa munasabah diri sendiri terlebih dahulu."
  •  

Wednesday 24 July 2013

MERAWAT BIBIR KERING - LipBalm MenTholaTum

Bila rasa kering, menggelupas, tangan ni gatal je nak tarik-tarik kuping kat bibir kita kan... saya juga tak ketinggalan... bibir saya jenis sensitif dengan sebarang alat kosmetik dan kekurangan air. Tambah2 bulan pose ni air lagi la kurang and buat masa ni saya tengah buat research training yang mana kene duk dalam opis berekon sepanjang hari.. memang masa tu teruk sangat bibir saya menggelupas.. siap dgn darah lagi,.



Haaa.... Ni la lipbalm yang saya cuba.. pada awalnya memang saya nak cuba lipbalm ni, Cuma xde kesempatan untuk keluar je,.tunggu ujung minggu je,. Masa tu juga, kakak y satu opis dgn sy prasan y sy ngah tekapkan tisu kt bibir sy,.dy pelik dan tnye sy,.sy bgtau la y bibir sy menggelupas..
Tros je dy bg benda alah ni untuk sy cuba,.dan alhamdulillah, sekali sapu je, bibir sy dah xkering,.lembap je spanjang mse,.xde la sy tarik2 kepingan y melekat kat bibir sy tu,.
InsyaAllah, berkesan,.bila da okey nnti stop la skejap,.kalau kering tu dtg lg,pkai je bila2 mase,. J


UBAT KURUS PENYEBAB ROSAK HATI???

Entry kali ni saya nak berkongsi mengenai kesan sampingan pengambilan ubatan untuk kurus ni. Sape yang tak mau kurus kan.
Tapi rata-rata antara kita mencuba pelbagai produk menguruskan badan kan??
Terus terang saya katakan, saya tidak berani untuk mengambil sebarang produk menguruskan badan sampai la sekarang. Biar lah saya cuba cara manual dengan menjaga pemakanan saya...
Em,.bercakap mengenai ubat kurus menyebabkan kerosakan hati ni, saya dapa info dari kakak yang satu pejabat dengan saya. Dia pun dapat info dari doktor.,
Macam ni, akak ni memang dah mengidap kencing manis. Sewaktu dia pergi appointment dengan doktor, doktor tersebut telah memeriksa darahnya.
Kolesterolnya okey, darahnya okey, gulanya masih di tahap okey, tetapi... kerosakan hatinya bertambah.,
Doktor tu tanye la sama ada kakak ni ada amik sebarang ubat kurus ke tak., lepas tu, akak ni teringat la yang dua bulan lepas dia ada mengambil minuman menguruskan badan.. itu pun hanya untuk sebulan sebab baget lari. Nasib bek bajet lari, boleh la dia stop amik benda tu.
Sewaktu doktor tu tanya, akak tu tak mengaku., yela takut doktor tu pot pet pot pet pulak kan,.
Dia macam tersedar, walaupun pengambilan ubat kurus hanya untuk sebulan sahaja, sudah mampu merosakkan hatinya., kalau berterusan??? Macam mana la,.tak pasal-pasal kena cari penderma hati kan,. J
Walau bagaimanapun, ini perkongsian yang saya dapat., saya telah set dalam kepala saya, sebarang minuman, suplemen atau seangkatan dengannya dalam bentuk menguruskan badan tetap ada kesan sampingan.,

Take care...

Tuesday 23 July 2013

CERPEN~~Sinar Senja




“KALAU kamu nak jaga mak, kamu bawa la mak pergi bersama. Jangan susahkan kitorang dulu,” mulut lancang Hamidah membuatkan air mata Sarimah mengalir membasahi pipi. Dia sekadar berselindung di sebalik pintu ruang tidurnya.
         “Untuk 2 hari je. Fazil kena outstation dulu. Takkan la cuti 2 hari pun akak dengan abang tak boleh ambil,” kata Fazil.
         “Kamu pergi la outstation kamu tu. Malam ni juga akak kena sampai ke Johor. Takkan kami nak tinggal sini lagi. Kamu tengok la anak-anak akak yang nak sekolah esok. Takkan suami akak nak uruskan lagi. Dia pun ada kerja dia,” Hamidah masih berkeras.
         “Kalau senang, tinggalkan mak sorang-sorang dulu. Lepas 2 hari, kamu datang ambil mak,” cadang Mahad, anak sulung Sarimah.
         Sarimah mengesat air matanya dengan hujung lengan bajunya. Kubur suaminya masih merah. Baru semalan tahlil arwah yang terakhir sudah selesai, namun anak-anaknya sudah mahu pulang ke rumah masing-masing.
         “Mana boleh tinggalkan macam tu je. Kenduri arwah baru je selesai. Mak tak boleh sorang-sorang. Kalau Fazil nak ambil mak, mak nak duduk dengan siapa kat rumah Fazil selama Fazil outstation,” Fazil masih cuba memujuk kakak dan abangnya. Baginya, ibunya tidak boleh ditinggalkan sendirian.
         “Tak apalah. Kamu semua boleh balik. Mak boleh tinggal kat sini. Inilah teratak hidup mati mak,” Sarimah yang muncul mula bersuara.
         “Ha... Kamu dengar sendiri. Mak sendiri pun tak nak ikut. Yang kau sibuk-sibuk sangat nak bawa mak ke KL tu buat apa,” kata Hamidah sehinggakan menusuk ke dalam hati seorang ibu. Namun ditahan juga perasaannya.
         “Mak, mak kena ikut juga. Fazil tak boleh biarkan mak sorang-sorang,” Fazil menggenggam erat tangan ibunya. Sarimah menggosok kepala Fazil. Dia tersenyum. Inilah satu-satunya anak yang boleh diharap berbanding dengan dua lagi anaknya.
         “Tak apalah. Mak tak nak membebankan kamu semua.”
         Fazil mengeluh.
         “Macam ni la mak. Fazil janji akan datang balik nak jemput mak tinggal bersama Fazil.”
         “Tak usahlah Fazil. Mak nak tinggal kat sini sampai mak mati,” kata Sarimah.
         Hamidah dan Mahad sudah berkemas-kemas untuk bertolak sekejap lagi.
         “Sudahlah. Akak takut akak terlambat pula nak balik Johor. Suami akak dengan anak-anak ada kat rumah tu tengah tunggu,” Hamidah menegur adiknya.
         “Bukannya jauh Johor dengan Melaka. Takkan tak boleh tunggu sekejap lagi,” Fazil cuba menghalang.
         “Eh, kau tengok dah nak pukul berapa. Nak dekat pukul 7. Lagi lambat akak bertolak, lagi malamlah akak sampai.”
         “Abang pun tak boleh berlama juga kat sini. Esok abang kerja. Dah berapa hari abang kat sini. Marah-marah pula Kak Nita kamu kat Perak tu. Nanti penat abang nak bekerja esok,” Mahad yang banyak mendiamkan diri turut mencelah.
         Fazil mengeluh sekali lagi. Sarimah menyeka air matanya.
         “Nak, jangan risaukan mak kat sini. Mak boleh jaga diri mak. Kamu pergilah selesaikan hal kamu,” Sarimah tidak mahu mendesak Fazil.
         “Maafkan Fazil mak,” Fazil memohon ampun dari ibunya. Sarimah sekadar mengangguk.
         Hamidah menyalami Sarimah lalu menuruni anak tangga rumah yang bakal roboh nanti. Mahad juga turut melakukan perkara yang sama.
         Setelah kedua-dua anaknya berlalu meninggalkannya, Sarimah memandang Fazil sambil mengukir senyuman duka.
         “Fazil, jangan tunggu lagi. Mak selamat di sini,” pujuk Sarimah cuba meyakinkan anaknya.
         Fazil memeluk tubuh tua Sarimah. Sekali lagi air matanya mengalir perlahan. Namun, cepat-cepat dikesatnya agar tidak disedari anak bongsunya itu.
         “Mak jangan risau. Fazil harap, suatu hari nanti, Fazil akan dapat seorang isteri yang sanggup jaga mak. Mak jaga diri elok-elok. Khamis nanti, Fazil akan datang sini kembali.”
         Sarimah sekadar mengeratkan pelukannya. Dia membelai ubun-ubun Fazil.
         “Kalau diizinkan Allah ayah kau turut membawa mak menemaninya, mak nak kamu berjanji, jangan jual tanah dan rumah ini. Mak sanggup tanah ini terbiar begitu saja daripada jatuh ke tangan orang lain,” pesan Sarimah tiba-tiba.
         “Apa yang mak cakap ni? Takkan ada apa-apa yang berlaku. Fazil janji.”
         Setelah menyalami dan meminta diri, Fazil menghidupkan enjin kereta dan memandu keluar dari kawasan rumah tersebut dengan berat hati. Mata Sarimah sekadar mengiringi kepergian anak bongsunya itu.
         “Ya ALLAH, jika sesuatu berlaku kepada aku, kau tolonglah jagai anak-anak aku,” Sarimah memanjatkan doanya.
         Selama beberapa hari Sarimah berseorangan, dia banyak menghabiskan masanya di tikar sejadah. Sehinggalah hari yang dijanjikan Fazil untuk datang kembali ke rumah itu. Selesai sahaja kerja, Fazil lekas bergegas menuju ke rumah ibunya.
         Setelah kereta diparkir di halaman rumah, Fazil cepat-cepat memanjat anak tangga rumah itu.
         “Mak! Mak!” panggil Fazil. Namun tiada sahutan yang kedengaran.
         Fazil cuba menjenguk ke dapur dan ruang belakang rumah. Namun tiada sesiapa di situ. Lantas tempat terakhir adalah bilik ibunya. Mana la tahu jika petang-petang begini ibunya sedang berehat.
         Sebaik sahaja Fazil masuk ke kamar ibunya, dia melihat Sarimah sedang berbaring di atas sejadah. Tubuh ibunya masih disarungi telekung sembahyang.
         “Mesti mak tertidur selepas Solat Asar ni,” Fazil berkata sendirian sambil menggeleng.
         “Mak. Bangun mak,” Fazil mengejutkan ibunya. Namun tiada balasan daripada Sarimah.
         “Mak?” Fazil terus menggoncang tubuh Sarimah perlahan. Masih seperti tadi.
         Fazil merasakan sesuatu kelainan pada ibunya. Dia menyentuh pipi ibunya. Sejuk. Diangkat lengan ibunya dan tiada nadi yang berdenyut.
         “Mak!!!” jerit Fazil apabila meyedari Sarimah sudah tidak bernyawa lagi. Hanya jasad ibunya yang diriba ketika ini.
         Cepat-cepat Fazil mengeluarkan telefon dari poket seluarnya.
         “Akak... Baliklah cepat. Mak dah tak ada.”
         “Kau gila! Jangan nak bergurau,” Hamidah memarahi adiknya.
         “Takkan benda ni pun saya nak bergurau. Cepat la balik. Beritahu abang sekali,” dalam tangisan, Fazil memaksa kakaknya.
         Hamidah di hujung talian sekadar mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa yang dirasakan kali ini. Namun, dia merasa darahnya mengalir laju. Dia terketar-ketar.
         “Mak...” panggilnya perlahan.
         Sementara itu, Fazil masih lagi meriba ibunya. Dia sekadar meraung memanggil ibunya.

         ‘Maafkan Fazil sebab tak mampu jaga mak di saat akhir hidup mak,’ rintih hatinya pilu.
            
.~~~hasil Nukilan ni sekadar hobi dan permulaan sahaja (^,^) ~~~

Wednesday 26 June 2013

Petua Merawat Kulit Bermasalah~~~Khasiat Air Beras

Ramai yang mengalami masalah kulit. Tambahan kita yang sering terdedah kepada persekitaran yang kotor. Berbanding pada zaman dahulu, persekitaran dipenuhi dengan pokok2 yang mampu menghasilkan oksigen untuk kulit secara semulajadi. Kini hanya kotoran yang membekalkan karbon monoksida kepada kulit.

Di sini saya ingin berkongsi satu petua dari nenek moyang kita dahulu. Mungkin rata-rata pernah mendengar mengenai petua ini. Haaa... apa lagi?. kalau dah tahu akan petua ni, mula la praktis untuk mendapat hasil yang terbaik.



Semua dah tahu gambar di atas tu kan. Beras~~~
Cara ni sebenarnya amat mudah untuk dipraktiskan!!!
Saya kongsikan amalan saya dan saya dapat rasa hasil yang baik.. Saya baru sahaja praktis lebih kurang 2 minggu. Dan Alhamdullillah, dalam tempoh saya amalkan, sudah 30% keselasaan yang saya rasakan. Jadi kena bersabar untuk mendapat hasil yang terbaik. Sebenarnya, hasil yang lambatlah yang memuaskan kita dan lebih selamat berbanding produk yang bertindak dengan cepat.

Eh! Dah melalut panjang pula. Baiklah, senang saja caranya.
Kalau yang jenis memasak, masa nak basuk beras ni, basuhan kali pertama hendaklah disimpan. Seeloknya basuhlah dengan air mineral atau air yang sudah dimasak. Kerana air yang bersih tidak mengeringkan kulit.

Air yang disimpan tu kemudian disapukan keseluruhan wajah dan  biarkan ia kering dengan sendiri. Bila dah kering boleh lah disapukan dengan air yang bersih pula. Lakukanlah sekerap mungkin dalam sehari.

Kalau nak jimat dan tidak mahu sekadar menunggu ketika memasak sahaja, masukkan segenggam beras ke dalam satu bekas dan tambahkan air. Ramas2 beras tersebut dan air yang pekat itu disapukan seperti biasa. Beras yang lebih tu boleh la disimpan di dalam peti dan digunakan berkali-kali. Dengan cara ni, beras tu boleh digunakan beberapa minggu.

Tambahan, beras yang sejuk amat elok untuk kulit.

Sebenarnya beras ni banyak khasiatnya selain memberikan tenaga dan nutrisi kepada kita~~
Antaranya;
- Untuk melembutkan kulit yang kasar
- Mengurangkan pertumbuhan jerawat~jika rajin menagamalkannya, jerawat akan terus hilang
- Mencerahkan kulit wajah
- Mengatasi wajah berminyak
- Wajah akan lebih berseri

InsyaAllah, lakukannya secara berterusan dengan penuh sabar dan keyakinan~~~ :)

Saturday 27 April 2013

Safi Rania Gold ~~ sesuai untuk kulit bermasalah

Assalamualaikum kepada pembaca semua... Artikel kali ini sekadar perkongsian sahaja...
Bercerita mengenai Safi Rania Gold atau saya pendekkan SRG, sampai sekarang saya selesa dengan penggunaannya...
Dari sekolah, saya mempunyai masalah jerawat dan muka berminyak yang amat teruk... Pelbagai produk telah saya cuba... 
Dipendekkan cerita, saya mula menggunakan SRG ni pada akhir tahun 2012... Kalau tak silap la... Hehehe...

Haaa... Ni namanya Krim Kecantikan... Produk SRG yang pertama saya gunakan... Ianya tidak melekit... Dan rasa rata di muka...

Pada suatu hari, masa cuti saya balik rumah mak mertua saya, saya terlihat pencuci muka SRG...
Ni la pembersih muka yang dimaksudkan... Permbersih muka viasa dan Gel pembersih... Saya macam terpikat kerana saya rasa kulit saya segar selepas menggunakannya... Terus sahaja saya minta suami saya bawakan saya untuk membeli benda alah ni....

Sekali lagi saya terpengaruh di rumah mak mertua saya... Hehehe... inilah pembersih lembapan mendalam... Tapi, bila saya balik rumah saya kat Negeri Sembilan, selepas saya menggunakan produk ini, timbul bintik2 kecik iaitu jerawat pasir di seluruh dahi saya... Saya pun berhenti la sekejap guna pembersih ni... tapi, rupanya, air mandian di rumah saya yang kurang bersih dan menyebabkan masalah tu berlaku...

Kemudian, saya mula beli produk lain iaitu toner...

Ni la rupa toner tu... Sejuk je bila pakai kat muka lepas basuh muka...
Kemudian, saya upkan lagi produk SRG ni... Jeng3!!!

Saya pun mula la pakai serum lepas pemakaian toner... Saya rasa makin selesa dan saya ingin kumpulkan semua produk2 SRG ni... Setakat ni, saya beli pula BB Krim... Produk yang terbaru dari SRG...

Haaa... Ni la rupa BB krim 2... Rasa kemas je pakai benda ni... sebelum ni muka saya cepat comot kalau pakai bedak.,. Tapi, bila saya kenakan BB Krim ni, saya macam ok je... walaupun muka berminyak dan berpeluh, tapi tetap nampak kemas... tanpa tona kulit yang tidak sekata...
Untuk krim siang dan malam, saya masih belum membelinya lagi, kerana saya rasa saya sudah selesa pakai yang setakat ada ini... Bila saya rasa saya ingin menambah koleksi saya, kemungkinan saya akan beli jugak,.,he3!!! Tapi, kalau krim kontur mata SRG, mmg tdk sesuai dengan saya... Bukan bagi side effects, tp langsung takde kesan,.heeee,. tapi, paham2 la,.untuk mata memang susah walaupun kita guna produk yang mahal... jika tidak sesuai, mmg xde kesan pun...


Ni la produk 1 set yang patut dimiliki semua., tapi ingat, semuanya bergantung kepada kulit masing2,.
kini, walaupun masih kelihatan jerawat kecil di muka saya, namun ianya tidak seteruk dulu.,ianya makin berkurangan... wajah pun makin segar dan saya selesa dengannya...

Stalkers