Wednesday 26 June 2013

Petua Merawat Kulit Bermasalah~~~Khasiat Air Beras

Ramai yang mengalami masalah kulit. Tambahan kita yang sering terdedah kepada persekitaran yang kotor. Berbanding pada zaman dahulu, persekitaran dipenuhi dengan pokok2 yang mampu menghasilkan oksigen untuk kulit secara semulajadi. Kini hanya kotoran yang membekalkan karbon monoksida kepada kulit.

Di sini saya ingin berkongsi satu petua dari nenek moyang kita dahulu. Mungkin rata-rata pernah mendengar mengenai petua ini. Haaa... apa lagi?. kalau dah tahu akan petua ni, mula la praktis untuk mendapat hasil yang terbaik.



Semua dah tahu gambar di atas tu kan. Beras~~~
Cara ni sebenarnya amat mudah untuk dipraktiskan!!!
Saya kongsikan amalan saya dan saya dapat rasa hasil yang baik.. Saya baru sahaja praktis lebih kurang 2 minggu. Dan Alhamdullillah, dalam tempoh saya amalkan, sudah 30% keselasaan yang saya rasakan. Jadi kena bersabar untuk mendapat hasil yang terbaik. Sebenarnya, hasil yang lambatlah yang memuaskan kita dan lebih selamat berbanding produk yang bertindak dengan cepat.

Eh! Dah melalut panjang pula. Baiklah, senang saja caranya.
Kalau yang jenis memasak, masa nak basuk beras ni, basuhan kali pertama hendaklah disimpan. Seeloknya basuhlah dengan air mineral atau air yang sudah dimasak. Kerana air yang bersih tidak mengeringkan kulit.

Air yang disimpan tu kemudian disapukan keseluruhan wajah dan  biarkan ia kering dengan sendiri. Bila dah kering boleh lah disapukan dengan air yang bersih pula. Lakukanlah sekerap mungkin dalam sehari.

Kalau nak jimat dan tidak mahu sekadar menunggu ketika memasak sahaja, masukkan segenggam beras ke dalam satu bekas dan tambahkan air. Ramas2 beras tersebut dan air yang pekat itu disapukan seperti biasa. Beras yang lebih tu boleh la disimpan di dalam peti dan digunakan berkali-kali. Dengan cara ni, beras tu boleh digunakan beberapa minggu.

Tambahan, beras yang sejuk amat elok untuk kulit.

Sebenarnya beras ni banyak khasiatnya selain memberikan tenaga dan nutrisi kepada kita~~
Antaranya;
- Untuk melembutkan kulit yang kasar
- Mengurangkan pertumbuhan jerawat~jika rajin menagamalkannya, jerawat akan terus hilang
- Mencerahkan kulit wajah
- Mengatasi wajah berminyak
- Wajah akan lebih berseri

InsyaAllah, lakukannya secara berterusan dengan penuh sabar dan keyakinan~~~ :)

Stalkers