Wednesday, 24 July 2013

UBAT KURUS PENYEBAB ROSAK HATI???

Entry kali ni saya nak berkongsi mengenai kesan sampingan pengambilan ubatan untuk kurus ni. Sape yang tak mau kurus kan.
Tapi rata-rata antara kita mencuba pelbagai produk menguruskan badan kan??
Terus terang saya katakan, saya tidak berani untuk mengambil sebarang produk menguruskan badan sampai la sekarang. Biar lah saya cuba cara manual dengan menjaga pemakanan saya...
Em,.bercakap mengenai ubat kurus menyebabkan kerosakan hati ni, saya dapa info dari kakak yang satu pejabat dengan saya. Dia pun dapat info dari doktor.,
Macam ni, akak ni memang dah mengidap kencing manis. Sewaktu dia pergi appointment dengan doktor, doktor tersebut telah memeriksa darahnya.
Kolesterolnya okey, darahnya okey, gulanya masih di tahap okey, tetapi... kerosakan hatinya bertambah.,
Doktor tu tanye la sama ada kakak ni ada amik sebarang ubat kurus ke tak., lepas tu, akak ni teringat la yang dua bulan lepas dia ada mengambil minuman menguruskan badan.. itu pun hanya untuk sebulan sebab baget lari. Nasib bek bajet lari, boleh la dia stop amik benda tu.
Sewaktu doktor tu tanya, akak tu tak mengaku., yela takut doktor tu pot pet pot pet pulak kan,.
Dia macam tersedar, walaupun pengambilan ubat kurus hanya untuk sebulan sahaja, sudah mampu merosakkan hatinya., kalau berterusan??? Macam mana la,.tak pasal-pasal kena cari penderma hati kan,. J
Walau bagaimanapun, ini perkongsian yang saya dapat., saya telah set dalam kepala saya, sebarang minuman, suplemen atau seangkatan dengannya dalam bentuk menguruskan badan tetap ada kesan sampingan.,

Take care...

2 comments:

  1. asslamualaikum...ingin bertanya..ubat kurus apa yg dia ambil tu?TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam,.menurut dr y bagitau dy,.sebarang ubat kurus y berbentuk pil dan kesan pengurusan y sgt singkat, y boley membawa kemudaratan,.TQ (^,^)

      Delete

Stalkers