Wednesday 24 July 2013

MERAWAT BIBIR KERING - LipBalm MenTholaTum

Bila rasa kering, menggelupas, tangan ni gatal je nak tarik-tarik kuping kat bibir kita kan... saya juga tak ketinggalan... bibir saya jenis sensitif dengan sebarang alat kosmetik dan kekurangan air. Tambah2 bulan pose ni air lagi la kurang and buat masa ni saya tengah buat research training yang mana kene duk dalam opis berekon sepanjang hari.. memang masa tu teruk sangat bibir saya menggelupas.. siap dgn darah lagi,.



Haaa.... Ni la lipbalm yang saya cuba.. pada awalnya memang saya nak cuba lipbalm ni, Cuma xde kesempatan untuk keluar je,.tunggu ujung minggu je,. Masa tu juga, kakak y satu opis dgn sy prasan y sy ngah tekapkan tisu kt bibir sy,.dy pelik dan tnye sy,.sy bgtau la y bibir sy menggelupas..
Tros je dy bg benda alah ni untuk sy cuba,.dan alhamdulillah, sekali sapu je, bibir sy dah xkering,.lembap je spanjang mse,.xde la sy tarik2 kepingan y melekat kat bibir sy tu,.
InsyaAllah, berkesan,.bila da okey nnti stop la skejap,.kalau kering tu dtg lg,pkai je bila2 mase,. J


UBAT KURUS PENYEBAB ROSAK HATI???

Entry kali ni saya nak berkongsi mengenai kesan sampingan pengambilan ubatan untuk kurus ni. Sape yang tak mau kurus kan.
Tapi rata-rata antara kita mencuba pelbagai produk menguruskan badan kan??
Terus terang saya katakan, saya tidak berani untuk mengambil sebarang produk menguruskan badan sampai la sekarang. Biar lah saya cuba cara manual dengan menjaga pemakanan saya...
Em,.bercakap mengenai ubat kurus menyebabkan kerosakan hati ni, saya dapa info dari kakak yang satu pejabat dengan saya. Dia pun dapat info dari doktor.,
Macam ni, akak ni memang dah mengidap kencing manis. Sewaktu dia pergi appointment dengan doktor, doktor tersebut telah memeriksa darahnya.
Kolesterolnya okey, darahnya okey, gulanya masih di tahap okey, tetapi... kerosakan hatinya bertambah.,
Doktor tu tanye la sama ada kakak ni ada amik sebarang ubat kurus ke tak., lepas tu, akak ni teringat la yang dua bulan lepas dia ada mengambil minuman menguruskan badan.. itu pun hanya untuk sebulan sebab baget lari. Nasib bek bajet lari, boleh la dia stop amik benda tu.
Sewaktu doktor tu tanya, akak tu tak mengaku., yela takut doktor tu pot pet pot pet pulak kan,.
Dia macam tersedar, walaupun pengambilan ubat kurus hanya untuk sebulan sahaja, sudah mampu merosakkan hatinya., kalau berterusan??? Macam mana la,.tak pasal-pasal kena cari penderma hati kan,. J
Walau bagaimanapun, ini perkongsian yang saya dapat., saya telah set dalam kepala saya, sebarang minuman, suplemen atau seangkatan dengannya dalam bentuk menguruskan badan tetap ada kesan sampingan.,

Take care...

Tuesday 23 July 2013

CERPEN~~Sinar Senja




“KALAU kamu nak jaga mak, kamu bawa la mak pergi bersama. Jangan susahkan kitorang dulu,” mulut lancang Hamidah membuatkan air mata Sarimah mengalir membasahi pipi. Dia sekadar berselindung di sebalik pintu ruang tidurnya.
         “Untuk 2 hari je. Fazil kena outstation dulu. Takkan la cuti 2 hari pun akak dengan abang tak boleh ambil,” kata Fazil.
         “Kamu pergi la outstation kamu tu. Malam ni juga akak kena sampai ke Johor. Takkan kami nak tinggal sini lagi. Kamu tengok la anak-anak akak yang nak sekolah esok. Takkan suami akak nak uruskan lagi. Dia pun ada kerja dia,” Hamidah masih berkeras.
         “Kalau senang, tinggalkan mak sorang-sorang dulu. Lepas 2 hari, kamu datang ambil mak,” cadang Mahad, anak sulung Sarimah.
         Sarimah mengesat air matanya dengan hujung lengan bajunya. Kubur suaminya masih merah. Baru semalan tahlil arwah yang terakhir sudah selesai, namun anak-anaknya sudah mahu pulang ke rumah masing-masing.
         “Mana boleh tinggalkan macam tu je. Kenduri arwah baru je selesai. Mak tak boleh sorang-sorang. Kalau Fazil nak ambil mak, mak nak duduk dengan siapa kat rumah Fazil selama Fazil outstation,” Fazil masih cuba memujuk kakak dan abangnya. Baginya, ibunya tidak boleh ditinggalkan sendirian.
         “Tak apalah. Kamu semua boleh balik. Mak boleh tinggal kat sini. Inilah teratak hidup mati mak,” Sarimah yang muncul mula bersuara.
         “Ha... Kamu dengar sendiri. Mak sendiri pun tak nak ikut. Yang kau sibuk-sibuk sangat nak bawa mak ke KL tu buat apa,” kata Hamidah sehinggakan menusuk ke dalam hati seorang ibu. Namun ditahan juga perasaannya.
         “Mak, mak kena ikut juga. Fazil tak boleh biarkan mak sorang-sorang,” Fazil menggenggam erat tangan ibunya. Sarimah menggosok kepala Fazil. Dia tersenyum. Inilah satu-satunya anak yang boleh diharap berbanding dengan dua lagi anaknya.
         “Tak apalah. Mak tak nak membebankan kamu semua.”
         Fazil mengeluh.
         “Macam ni la mak. Fazil janji akan datang balik nak jemput mak tinggal bersama Fazil.”
         “Tak usahlah Fazil. Mak nak tinggal kat sini sampai mak mati,” kata Sarimah.
         Hamidah dan Mahad sudah berkemas-kemas untuk bertolak sekejap lagi.
         “Sudahlah. Akak takut akak terlambat pula nak balik Johor. Suami akak dengan anak-anak ada kat rumah tu tengah tunggu,” Hamidah menegur adiknya.
         “Bukannya jauh Johor dengan Melaka. Takkan tak boleh tunggu sekejap lagi,” Fazil cuba menghalang.
         “Eh, kau tengok dah nak pukul berapa. Nak dekat pukul 7. Lagi lambat akak bertolak, lagi malamlah akak sampai.”
         “Abang pun tak boleh berlama juga kat sini. Esok abang kerja. Dah berapa hari abang kat sini. Marah-marah pula Kak Nita kamu kat Perak tu. Nanti penat abang nak bekerja esok,” Mahad yang banyak mendiamkan diri turut mencelah.
         Fazil mengeluh sekali lagi. Sarimah menyeka air matanya.
         “Nak, jangan risaukan mak kat sini. Mak boleh jaga diri mak. Kamu pergilah selesaikan hal kamu,” Sarimah tidak mahu mendesak Fazil.
         “Maafkan Fazil mak,” Fazil memohon ampun dari ibunya. Sarimah sekadar mengangguk.
         Hamidah menyalami Sarimah lalu menuruni anak tangga rumah yang bakal roboh nanti. Mahad juga turut melakukan perkara yang sama.
         Setelah kedua-dua anaknya berlalu meninggalkannya, Sarimah memandang Fazil sambil mengukir senyuman duka.
         “Fazil, jangan tunggu lagi. Mak selamat di sini,” pujuk Sarimah cuba meyakinkan anaknya.
         Fazil memeluk tubuh tua Sarimah. Sekali lagi air matanya mengalir perlahan. Namun, cepat-cepat dikesatnya agar tidak disedari anak bongsunya itu.
         “Mak jangan risau. Fazil harap, suatu hari nanti, Fazil akan dapat seorang isteri yang sanggup jaga mak. Mak jaga diri elok-elok. Khamis nanti, Fazil akan datang sini kembali.”
         Sarimah sekadar mengeratkan pelukannya. Dia membelai ubun-ubun Fazil.
         “Kalau diizinkan Allah ayah kau turut membawa mak menemaninya, mak nak kamu berjanji, jangan jual tanah dan rumah ini. Mak sanggup tanah ini terbiar begitu saja daripada jatuh ke tangan orang lain,” pesan Sarimah tiba-tiba.
         “Apa yang mak cakap ni? Takkan ada apa-apa yang berlaku. Fazil janji.”
         Setelah menyalami dan meminta diri, Fazil menghidupkan enjin kereta dan memandu keluar dari kawasan rumah tersebut dengan berat hati. Mata Sarimah sekadar mengiringi kepergian anak bongsunya itu.
         “Ya ALLAH, jika sesuatu berlaku kepada aku, kau tolonglah jagai anak-anak aku,” Sarimah memanjatkan doanya.
         Selama beberapa hari Sarimah berseorangan, dia banyak menghabiskan masanya di tikar sejadah. Sehinggalah hari yang dijanjikan Fazil untuk datang kembali ke rumah itu. Selesai sahaja kerja, Fazil lekas bergegas menuju ke rumah ibunya.
         Setelah kereta diparkir di halaman rumah, Fazil cepat-cepat memanjat anak tangga rumah itu.
         “Mak! Mak!” panggil Fazil. Namun tiada sahutan yang kedengaran.
         Fazil cuba menjenguk ke dapur dan ruang belakang rumah. Namun tiada sesiapa di situ. Lantas tempat terakhir adalah bilik ibunya. Mana la tahu jika petang-petang begini ibunya sedang berehat.
         Sebaik sahaja Fazil masuk ke kamar ibunya, dia melihat Sarimah sedang berbaring di atas sejadah. Tubuh ibunya masih disarungi telekung sembahyang.
         “Mesti mak tertidur selepas Solat Asar ni,” Fazil berkata sendirian sambil menggeleng.
         “Mak. Bangun mak,” Fazil mengejutkan ibunya. Namun tiada balasan daripada Sarimah.
         “Mak?” Fazil terus menggoncang tubuh Sarimah perlahan. Masih seperti tadi.
         Fazil merasakan sesuatu kelainan pada ibunya. Dia menyentuh pipi ibunya. Sejuk. Diangkat lengan ibunya dan tiada nadi yang berdenyut.
         “Mak!!!” jerit Fazil apabila meyedari Sarimah sudah tidak bernyawa lagi. Hanya jasad ibunya yang diriba ketika ini.
         Cepat-cepat Fazil mengeluarkan telefon dari poket seluarnya.
         “Akak... Baliklah cepat. Mak dah tak ada.”
         “Kau gila! Jangan nak bergurau,” Hamidah memarahi adiknya.
         “Takkan benda ni pun saya nak bergurau. Cepat la balik. Beritahu abang sekali,” dalam tangisan, Fazil memaksa kakaknya.
         Hamidah di hujung talian sekadar mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa yang dirasakan kali ini. Namun, dia merasa darahnya mengalir laju. Dia terketar-ketar.
         “Mak...” panggilnya perlahan.
         Sementara itu, Fazil masih lagi meriba ibunya. Dia sekadar meraung memanggil ibunya.

         ‘Maafkan Fazil sebab tak mampu jaga mak di saat akhir hidup mak,’ rintih hatinya pilu.
            
.~~~hasil Nukilan ni sekadar hobi dan permulaan sahaja (^,^) ~~~

Stalkers